25 November 2023 - 15:44
Trak bawa bahan api mula masuk ke Gaza

BANDARAYA GAZA: Ketika jeda kemanusiaan berkuat kuasa di Gaza hari ini, trak yang membawa bahan api mula memasuki wilayah Palestin dari Mesir, lapor Agensi Anadolu (AA).

Sumber Palestin di persimpangan Rafah memberitahu bahawa trak yang membawa gas memasak dan diesel mula memasuki Gaza dari Mesir.

Selepas ini, barangan bantuan dan bekalan perubatan juga dijangka dibawa masuk ke Gaza.

Jeda kemanusiaan selama empat hari antara tentera Israel dan Hamas berkuat kuasa pagi Jumaat di semua wilayah Semenanjung Gaza dengan serangan dihentikan seketika manakala bantuan kemanusiaan mula disalurkan.

342/